Tteokgalbi
Bahan untuk galbi/daging:
1 ulas bawang merah,di dadu
1/4 cawan pear, dicincang halus
1 biji lobak merah, diparut
3 ulas bawang besar holland, dicincang halus
5 ulas bawang putih, dicincang
1 camca teh halia, dicincang
400 gram daging kisar ( guna daging kisar Ramly je)
Bahan untuk Perapan:
1/4 cawan kicap soya
1 sudu besar gula
2 sudu besar madu
1 sudu besar minyak bijan
1/2 sudu teh lada hitam
1 sudu besar air 7 up (optional)
Cara Memasak
1. Campurkan semua bahan galbi/daging ke dalam mangkuk dan gaulkan hingga sebati.
2. Dalam mangkuk lain, campurkan semua bahan perapan dan gaul sebati. Kemudian masukkan separuh dari bahan perapan tadi ke dalam galbi/daging.
3. Setelah perapan dicampur sebati bersama galbi/daging, masukkan ke dalam peti sejuk seketika untuk menjadikan campuran tersebut mampat.
4. Ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi segi empat.
5. Bakar di atas pemanggang dan sapukan lebihan bahan perapan semasa membakar. Bakar hingga sempurna dan sedia untuk dihidangkan.
Love,
The Dazzling Ladybie