Wednesday, April 13, 2016

Tanda Seseorang Itu Jodoh Kita



Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya


1. Kerjasama

bagaimana ingin mendapatkan sesuatu hubungan yang tahan lama ialah melalui sikap KERJASAMA.  Kamu dan dia bersama-sama cuba untuk merungkai masalah sama ada yang besar mahupun yang remeh. Yang paling penting, kamu dapat memalui fasa-fasa dalam kehidupan bersama-sama.  
2. Mampu Bersahaja

Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat?
3. Deria Batiniah
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu..Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu.
4. Tenang, Selesa & Selamat Bersamanya
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan
5. Selalu Ada
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama.

6. Terima Masa Lalumu

Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya

7. Menerima Kekurangan

Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya

8. Simpan Rahsia

Bila merasa rahsia kamu lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya



Love, 
The Dazzling Ladybie



30 Challenge - Picture of My Family




DAY 23 – A PICTURE OF YOU AND YOUR FAMILY









Love, 
The Dazzling Ladybie



Tuesday, April 12, 2016

30 Day Challenge Day 22 - 3 Things Proud of Your Personality




DAY 22 – 3 THINGS YOU PROUD OF YOUR PERSONALITY
Hurm… my personality eh..
Banyak juga kot personality yang I ade…
Hurmm… ni kot antara yang I paling suka.. and boleh describe

1. TEGAS & BERPRINSIP
I memang tegas and berprinsip..
So.. maksud dia.. if I do anything.. I akan berpaksikan pada prinsip i.
And tegas ni pula bukan la kata xboleh bawak berunding.
Namun orang yang kenal I tau… dan kurang buat perangai bukan bukan..
Al-maklum la.. takut kena semburrr….
So.. ni kira mcm shield untuk diri sendiri la..

2. PERAMAH
Peramah pula buat I senang nak dekat dengan orang… senang nak tegur orang.. senang orang nak berbual..
Senang untuk orang dekati i… and make friends gitu…
So.. I wont be alone forever kan..

3. JUJUR
Jujur… being a good friend we always need to be sincere..
Jujur dengan mereka.. if dorang buat salah..tegur..
Kalua dorang buat bende betol then sokong..
Normally kadang kadang bende yang I cakap tu pahit untuk ditelan or diterima.. but my intention tu bende baik… for their good deeds.









Love, 
The Dazzling Ladybie



Personaliti Mengikut Jenis Darah




  • Darah A adalah jenis petani. Jenis yang sukakan keselarasan dan kedamaian. Boleh bekerjasama dengan baik dengan orang lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan darah ini adalah tidak boleh melakukan sesuatu dengan santai dan cenderung keras kepala. Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.

  • Darah B adalah jenis pemburu. Kumpulan darah ini mempunyai tabiat keras dan individualis, suka berterus-terang tanpa memikirkan orang lain dan melakukan segala sesuatu dengan cara sendiri. Namun juga kreatif dan fleksibel serta boleh beradaptasi dengan mudah terhadap situasi. Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka jenis yang sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan. 

  • Kumpulan AB adalah Ahli Kemanusiaan.Dingin dan terkawal. Teman-teman menjadikan golongan ini sebagai tempat berkongsi cerita, terutamanya hal perasaan dan hati. Dilahirkan untuk menghiburkan orang lain. Namun sayangnya, golongan ini cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain. Mereka sukar untuk difahami, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik dari mengikut kata hati. Selain itu, golongan ini sangat bagus menguruskan kewangan. Walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadangkala golongan ini bersikap talam dua muka. 

  • Darah O adalah pejuang. Yang mempunyai ciri sebagai seorang pemimpin. Saat melihat sesuatu yang diinginkan, golongan ini akan berusaha untuk mencapainya. Juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan kepercayaan pada diri yang kuat. Kelemahan darah ini adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif. Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. Golongan ini sangat bermotivasi dan mempunyai ciri kepimpinan semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.








Love, 
The Dazzling Ladybie



Monday, April 11, 2016

Resipi Choc Brownies Kedut





Resepi : Kak Shuhaini Shuhairi

FB Sumber : Haida Rifqi FB

Bahan :- 

  • 400 gm coklat kompound - potong kasar 
  • 150 gm mentega 
  • 100 gm gula perang 
  • 100 gm gula kastor 
  • 4 biji telur 
  • 1 sdk perasa vanila 
  • 100 gm tepung naik sendiri* 
  • 30 gm serbuk koko* - *satukan dan ayak


Cara-caranya:-

1) Dalam mangkuk stainless steel, satukan coklat kompound dan mentega. Cairkan adunan dengan kaedah 'double boiler'. Tutup api dan angkat.

2) Dalam mangkuk lain, satukan pula gula perang, gula kastor, telur dan perasa vanila, gaul sebati.

3) Tuang dalam mangkuk adunan coklat dan gaul sehingga kesemua adunan rata dan sebati.

4) Masuk sedikit demi sedikit adunan tepung dan gaul rata.

5) Sediakan loyang bersaiz 10 x 10 inci, lapik kertas minyak dengan melebihkan sehingga paras ketinggian loyang. Ini supaya senang untuk ditarik keluar dari loyang dan oles sedikit mentega.

6) Tuang dalam loyang dan ratakan.

7) Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 160C selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.

8) Tutup suis oven, biarkan brownies dalam oven dengan pintu terbuka selama lebih kurang 15 minit.

9) Keluarkan dan potong mengikut pilihan anda.

Nota :-

1- Jika mahu buat separuh adunan gunakan loyang bersaiz 8 x 8 inci.
2- Boleh juga guna tepung gandum cuma tambahkan 1/2 sdk serbuk penaik.
3- Gunakan mentega dan coklat kompound yang bermutu tinggi untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.
4- Boleh juga ditambah kekacang 100 gm jika suka.

[HealthCare] Demam



definisi:
Demam adalah suatu keadaan di mana suhu badan melebihi 370C disebabkan oleh jangkitan atau keradangan.

tanda2 & gejala:
Badan panas bila disentuh
Pernafasan meningkat
Muka menjadi merah
Tidak aktif dan lemah, sentiasa mahu tidur
Resah gelisah
Tiada selera makan
Menggigil
tindakan yang perlu diambil:
Biarkan pesakit berehat di tempat yang mempunyai peredaran udara yang baik.

Pakaikan pakaian nipis.
Beri minum air yang banyak.
Beri ubat menurut arahan
Mandi berjelum (mandi lap) jika suhu melebihi 380C.










Love, 
The Dazzling Ladybie



30 Day Challenge Day 19


DAY 19 - A PICTURE OF MY ROOM


Since i decide not to share..
we skip this one ok??

sorry peeps




Love, 
The Dazzling Ladybie