Saturday, February 25, 2017

Ku Rela Demi Bahagiamu

Td sempat oncall dgn mr loyer. 
Dh lama xborak2..
Dh lme x usik2 dia...
Entah celah mne dia sorok.. 
But then...  I pon contact dia. 

Pastu td memula borak psl bnde yg i nk tau je.  
Last2 masuk bab merepek.. 
Citer psl jalan2...
Citer pasal kahwin.. 
Pasal future plan.. 
Pasal goals... 

Normally after oncall dgn dia aku rse epi.. 
Tapi kali ni...  Aku rse lega..  Tenang.. 
Which i dunno why.. 
Mebi dh xde sparks kot..  Huhu
Biarlah..  Klu berjodoh...  Ade la.. 
Klu ditakdirkan sebagai kawan...  Kita kawan je la..  Kan kan kan.  
Xkuasa nk berharap lebih2. 

Friday, February 24, 2017

Mr Apek Celup


Selepas citer pasal en apek celup ni aku buka..  Sbb aku xmampu tahan sendiri.  
Benar itu satu kenyataan yg aku terpaksa simpan. 
Tapi.  Aku xsekuat yang dulu..  Yg mampu menelan semuanyaa jauh dilubuk hati.. 


Ade juga few kawan yang marah..  "Why stay with him yang xtau hargai kau"
No...u guyz are wrong...  

Dia penah hilang dari aku..  
Dia ada walaupon kdg2 aku rse nak hempuk dia dengan kerusi.   
Saat aku jatuh dulu...  Dia ada..  
Saat aku perlukan sokongan dlu..  Dia ade..  
Saat aku hilang org paling penting dlm diri aku dlu...  Dia ade.. 


Now dia in dilema..  So let him be..  
Biar dia buat keputusan dia. 
Biar dia tentukan kebahagiaan dia..  
Andai bkn dgn aku..  Aku redha..  
Kerana dia pnh berkorban n berjasa utk aku.. 



Terperangkap dalam Cinta Tiga Segi

Aku xtahu kenapa.. 
Aku xtau macam mana nk citer
Aku xtau mcm mne bnde mcm ni blh jd.  

Citer dia mcm ni... 
Mr Im ada ajak aku kahwin.. 
Suddenly dia kwn dgn kawan aku punya kwn..   Serioualy aku xtau mcm mne seriua hubungan dorang.. 
Sekali yg dia tu jnis rajin upload.. 
And lastly aku dapat tau.. 

Then...  Aku dok tanya la abg Im ni kan.. 
What is actually happen.. 
Dia dok la kata yg tu cuma kawan.. 
Just nk jaga hati...  Sbb xmo dia terluka lagi..  Tp aku xsuka..  Sbb xbaik bg harapan klu kita sndiri xtau mcm mne nk handle nnt.. 

Last2.. Bnde ni jd bsr.. 
N makin bsr.. 
N semakin besar.. 

Bila aku kata..  Biarkan aku pergi.. 
And aku rela dia bersama dia.. 
Dia xmo aku pegi.. 

Aku tersepit... 
Aku tersiksa.. 
Tapi apa daya aku... 

Kompiusssssss

Thursday, February 23, 2017

Sama sama Horror Night

Last Tuesday,  21st February 2017
Sama-sama hotels host an appreciation night
Themed : Horror Nights. 
 
 

RESIPI: ROTI JOHN


Ca18

Roti John



Bahan-bahannya: 
Telur 
Serbuk perasa 
Lada putih 
Daun sup 
Bawang putih 
goreng Sosej, filet ketam, atau daging burger (ikut apa yang ada di dalam peti ais) 
Kobis yang diracik halus 


 Cara-cara membuatnya:
  • 5 biji telur atau lebih dikocak rata. 
  • Campurkan dengan serbuk perasa, daun sup, bawang putih yang telah digoreng dan lada putih. 
  • Kemudian, masukkan isi seperti sosej atau daging burger. 
  • Masukkan sekali kobis yang telah diracik halus dan goreng seperti telur dadar. 
  • Selepas itu, tempelkan pada roti. 
  • Akhir sekali boleh tambah perisa sos atau mayonis.






Love, 
The Dazzling Ladybie



Wednesday, February 22, 2017

Suamiku Paling Sweet


Image result for suamiku paling sweet

Mengisahkan Qisya Iriz (Mawar Rashid), graduan universiti yang terpaksa menjadi pengasuh sementara Hafiey (Adik Nik Adam Mika), iaitu cucu kepada kawan ibunya, Puan Fathma (Liza Abdullah). Pengasuh-pengasuh sebelum ini memang tidak dapat bertahan dengan sikap nakal Hafiey itu. Qisya menerima cadangan ibunya kerana ia hanya untuk sementara waktu. Apabila Qisya yang keras kepala bertemu dengan Hafiey, memang akan berlakunya kekecohan.

Kedua-dua ibu bapa Hafiey telah meninggal dunia dalam suatu kemalangan. Disebabkan itu, Hafiey menganggap bapa saudaranya Izz Haikal (Syafiq Kyle) sebagai ayah kandungnya sendiri. Izz sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan Hafiey. Selepas bertemu dengan pengasuh Hafiey, hati Izz dan Qisya sering berdebar. Namun mereka tidak ambil peduli tentang maksud sebenar di sebalik debaran hati tersebut sehinggalah terjadi sebuah peristiwa yang mengubah nasib hidup mereka berdua.

Qisya dipaksa untuk menjadi isteri kepada Izz Haikal pada usia yang muda. Pelbagai emosi mula mengaburi hati Qisya. Dia terkejut, marah, dan benci. Qisya langsung tidak dapat menerima kenyataan yang dia bakal berkahwin. Malahan dia juga tidak bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada Hafiey. Dia juga tertanya-tanya adakah ini merupakan perangkap Izz Haikal untuk bersama dengannya.

Qisya mula memberontak sehingga dia sanggup meninggalkan Izz Haikal dan Hafiey walaupun sudah bernikah. Izz berasa sedih tetapi dia memahami perasaan isterinya. Malahan, dia kerap memujuk dan memberikan ruang kepada Qisya untuk mencari ketenangan diri.

Izz tidak pernah berhenti memujuk isterinya. Akhirnya, Qisya lembut hati dan kembali ke pangkuan Izz dan Hafiey. Qisya telah meletakkan syarat bahawa tiada sesiapa pun akan mengungkit peristiwa dan sebab mereka berdua terpaksa berkahwin. Namun, peristiwa hitam yang tidak mahu diingati Qisya itu diungkit. Kali ini, Qisya nekad meninggalkan suaminya dan Hafiey walaupun dia sedang hamil. Adakah sangkaan Qisya bahawa perkahwinan ini ialah perangkap Izz itu adalah benar?



Image result for suamiku paling sweet poster




Love, 
The Dazzling Ladybie



Saturday, February 18, 2017

Novel : Anaknya Anakku Jua


Anaknya Anakku Jua

Apakah perasaan anda sekiranya anda terpaksa memelihara anak bekas kekasih anda? Itulah yang perlu didepani oleh Nisa’. Sudahlah semuanya berlaku dengan sekelip mata, terpaksa pula menghadapi kekasih yang sarat dengan perasaan cemburu dan umi yang sangat tegas lagi garang orangnya. Mujurlah ada abah dan Mala yang menyokongnya.
Daniel tidak boleh menerima kehadiran Hana di antara dirinya dan Nisa’. Padanya, bayangan Badri dalam bentuk Hana menggugat kasih sayang Nisa’ terhadapnya. Tertekan dengan sikap tidak matang Daniel, Nisa’ nekad memutuskan cinta mereka. Dia pasrah dengan kehendak takdir kerana sayangnya pada Hana mula menggebu. Hana adalah keutamaannya.
Tidak mahu kehilangan Hana, Nisa’ ingin menjadikannya anak angkat yang sah. Namun, status bujangnya mengekang proses tersebut daripada berlaku. Nisa’ perlu berkahwin untuk memiliki Hana sepenuhnya. Kehadiran Irfan merupakan penyelamat kepada Nisa’. Harapannya untuk mengambil Hana sebagai anak angkat menjadi cerah. Namun, perkahwinannya dengan Irfan bersyarat. Selepas mereka menikah, mereka akan bercerai. Dan Hana akan kekal berada di bawah jagaannya.
Tetapi rancangan mereka ini harus dirahsiakan, terutamanya daripada pengetahuan umi. Umi masih belum dapat menerima kehadiran Hana sebagai ahli keluarganya.
Rancangan yang diatur berjalan dengan lancar. Nisa’ hampir-hampir boleh menarik nafas lega. Namun, kehadiran Shila yang tidak dialu-alukan oleh Irfan perosak segala-galanya.
Bagaimanakah Nisa’ dan Irfan menyelesaikan kemelut yang mengepung rumah tangga mereka sementelah mereka mula saling menyayangi? Bagaimana pula dengan umi? Bisakah dia menerima Hana sebagai cucunya? Shila… kenapa dia perlu menjadi perosak?
Segala-galanya bakal terjawab di dalam Anaknya Anakku Jua






Love, 
The Dazzling Ladybie