Wednesday, February 8, 2017

RESIPI : Telur Masam Manis


6360

Telur Masam Manis




Bahan-bahannya: 
 Telur ayam, jumlah ikut suka
Seulas bawang putih
 Sos cili
Air Gula


 Cara-cara membuatnya: 

  • Goreng telur ala mata kerbau dan asingkan. 
  • Kemudian, tumbuk bawang putih sampai lumat dan tumiskan. 
  • Apabila bawang sudah kekuningan, masukkan sos cili dalam kuantiti yang juga ikut suka. Jika anda suka makan berkuah, masukkan banyak sedikit. 
  • Akhir sekali, masukkan sedikit air untuk mencairkan sos dan masukkan gula. 
  • Kacau sehingga masak. Tuangkan sos ini ke atas telur mata yang telah digoreng tadi.








Love, 
The Dazzling Ladybie



Sunday, February 5, 2017

Horror Theme


ni antara idea untuk theme horror..















Love, 
The Dazzling Ladybie



Friday, February 3, 2017

Ber-yee sang ler kita


hyeee..
just a quick post...
nk citer i "first time" Ber-YeeSang ni

biasalah.. bila raya cina..
amik kesempatan untuk meraikan dan memeriahkan..
ini termasuklah tempat aku kerja..
kitorang meraikan sambutan ni..
so.. ber-YeeSanglah kami beramai-ramai..

Yee sang (yu sheng/lou sang/lou hei), a prosperity dish unique to Malaysia and Singapore, translates to “increase in abundance”. Therefore, having yee sang at the beginning of the year symbolises the abundance and prosperity that you will have for the year.
so... nahh.. sila skodeng

ni rupa Yee Sang yang belum digaulkan

haa.. Housekeeping Manager aku, En Kamil pon sempat berwusyuu... haha.. amik mood katanya











Love, 
The Dazzling Ladybie



Tuesday, January 31, 2017

Encik Suami Mat Salih Celup

Image result for encik suami mat salih celup

Kisah antara Iman Amani dan Ian Hadif bermula apabila pertunangan antara Iman Amani dengan Naim diputuskan beberapa minggu sebelum tarikh ijab kabulnya. Bagi menutup rasa malu keluarga, Iman Amani menerima cadangan ibunya untuk mengahwini anak rakan ibunya iaitu Ian Hadif. 

Setelah diijab kabulkan, ibu mentua Iman Amani memintanya untuk 'memelayukan' Ian Hadif yang selama ini membesar di luar negara. Mereka mula mengenali antara satu sama lain. 

Rumahtangga yang berwarna-warni mula hilang warnanya. Bekas tunangnya, Naim muncul semula, mahukan Iman kembali. Mengeruhkan lagi keadaan munculnya seorang model cantik jelita yang mengaku dirinya tunang kepada Ian membuatkan Iman mula pasrah dan redha. Iman mula menjalankan idea gilanya dan Ian semakin menjauhkan diri.





Encik Suami Mat Salih Celup


Love, 
The Dazzling Ladybie



Wednesday, January 25, 2017

Novel: Aku Yang Kau Tinggalkan


Aku Yang Kau Tinggalkan


Perkahwinan adalah ikatan terindah di antara dua jiwa yang saling mencintai yang berjanji akan sehidup semati. Tetapi bukan bagi perkahwinan Nia Atirah dan Zaril Ikhwan. Nia memerlukan wang bagi membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.
Cinta datang kepada Nia tanpa dia sedari. Secara perlahan-lahan, Nia jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Tetapi Nia disingkirkan setelah Zaril Ikhwan pulih dari sakitnya.
Nia meninggalkan Zaril Ikhwan lalu membawa hati yang lara ke Turin dan meneruskan hidupnya sendirian di kalangan orang asing bertahun-tahun lamanya.
Takdir menemukan mereka di bumi Turin. Pertemuan itu telah mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing.
Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan kehidupan ini, yang terbaik untuk mereka berdua adalah berpisah secara rasmi dan tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan.