Friday, September 8, 2017

Surprise Birthday Party For Kasyah


Assalamualaikum...
ni nak citer pasal semalam
Surprise Birthday Party For Kasyah
meriah tak meriah..
janji happening...

Image result for happy birthday

ekceli... birthday celebration ni idea and permintaan dari si May.
dia nak sambut birthday Kasyah
tapi.. she is bad with all those kind of planning
*siyesly... memang bad.. huuu *
so.. kita pon tolong la plan..

so... i propose few idea for this party..
and she choose Karaoke as the main..
and then.. invite those who close to her..
Mr Ted, Cik Fatin, Elenworker and I
tapi end up Fatin x dapat join..
ade meeting pada belah malam tu..
so.. tinggal la kami berempat..

siangnya.. sebelum meet up time..
May dah beli Ayamas
hahaha.. sebab i yang crave nak Ayamas..
hahaha.. nasib laaa

before that i dah siap borok air dah..
i beli siap2 kat kedai eco.. hahaha.. nak jimat kos..
and siap beli kotak for hadiah Kasyah..
and Mr Ted belikan hadiah for Kasyah..
ape dia??
Mr Ted belikan ROKOK
sebabnya.. tu je yang kitorang tau ape yg si Kasyah tu suka..
dari beli bende merepek and bebukan..
baik beli saja rokok... hahahaha..

so.. call time pkol 8..
tapi biasalah.. janji melayu.. lambat~!
8 lebih baru muncul dorang ni... haishh geram je rasa..
so.. masuk laa bilik karaoke..
for this party... i choose NEWS KTV AMPANG PARK
why? sbb harga murah.. dekat dengan public transport (LRT Ampang Park) and boleh bawak masuk makanan without charges..
so... why not??

memula amik 2 jam...
sekali.. nearly to the end... May tambah lagi 1 jam..
total 3 jam karok..
layankan je la ..

For food 
we have Whole Chicken Ayamas
Nasi Ayam (nasi je)
Sushi 
Brownies 
and air.. 

tapi dorang dorang nie bukan jenis makan dalam bilik karaoke
makan pon brownies aje..
last2 i dgn Mr Ted je membaham..
memalu?? lamtak kome la.. kome yang lapar..
*tapi last2 si Kasyah dengan May yang kebulur*
hahahhaa..

kat karaoke ni..
boleh tahan juga gila memasing keluar..

Ted - gila buat konsert panjat2 diri atas sofa. + beradu suara dengan Kasyah
Kasyah - menggila masa duet dgn Mr Ted
May - dance kpop dia.. biasalah.. & buat mcm club masa duet lagu dengan i
Bie - hahaha.. buat gila menari & buat club masa nyanyi lagu high beat.. 

korang ingat karaoke ni takat karaoke ke?
bilik kitorang tu.. sempat la juga transform jadi bilik tido.
untuk MAY & Mr TED
ampeh dedua tu.. boleh membuta..


anyhow... its exciting
its fun.
its happening.. 









Love, 
The Dazzling Ladybie



Berfoodtruck di Wangsa Melawati


hallu hallu hallu
kali ni nak citer our outing night
misi Jalan Jalan Cari Makan
kali nie... kita...

Berfoodtruck Di Wangsa Melawati
Bersama Mr Teddy, Cik Fatin & Kasyah

Image result for food truck bazaar
gambar curi kat google.. hehe
alkisah bila Cik Fatin mesej petang tu ajak lepak..
stress and depress katanya..
so.. dia ada kawan untuk berborak...
then dia suruh ajak Mr Teddy sekali..
i just said ok... and Mr Teddy pon kata ok.
so.. we meet up..

sebabkan i dari rumah... so.. i choose to drive.. since meet up pon malam..
Mr Teddy pulak masa mesej bgtau dia tu.. dia dh otw balik.. dia dia kata "U drive.. Amik I"
i pon say "Yes, Sir."
bila nk decide where to go.. tetiba Cik Fatin buat drama gila

Cik Fatin : ko kat mana?? 
Bie : Rumah... nape? nk jmpe mana ni?
Fatin : hurmm.. aku pergi kat ko la... 
Bie : ok je.. tp Ted kat rumah dia.. so.. jmpe area sana je la.. ni nak lepak mne
Fatin : Tapak la.. eh jap.. ko amik Ted eh.. amik aku sekali.. 
Bie : woi.. TAPAK tu dh dekat dgn rmh Ted.. malas aku pusing2 samata.. klu ko malas.. kt area rmh ko je.. 
Fatin : alaaa... aku kne balik dlu ni.. hurmm.. mana ehh.. 
Bie : then kita pergi wangsa melawati nak? dh lme x food truck kat situ.. 
Fatin : boleh jugak.. 
Bie : ok.. jmpe situ la.. ko drive sendiri taw.. sbb Wangsa Melawati pon dh dekat dgn rmh Mr Ted
Fatin : okey.. 

so.. kitorang pon meet up kat Wangsa Melawati..
ni kali kedua i pergi food truck kat sini..
dlu masa first... xde la ramai sangat..
ok la... chill chill je..
kali ni pergi...
terkejut sikitt~~~
"eh eh eh... ramainyaaa orang.... "
"dah banyak dah food truckkkkkk"
"ada kete mainan for kids lg"

pilihan makanan lebih kurang je..
- Air Buah
- Western grill
-Nasi + Lauk simple (ayam kunyit,)
- Pasta
- Ice Blended
- Mangga Float
- Roti Bakar, Kacang Pool
- Kambing Grill

New :
- Laksa 
-Mee goreng sotong
- Cendol
- Takoyaki


to those yang nak try...
boleh datang kat Wangsa Melawati..
korang boleh waze jee... 

** recommended**




Love, 
The Dazzling Ladybie



Thursday, September 7, 2017

Happy Birthday Kasyah



Image result for happy birthday


Happy Birthday To You
Happy Birthday To You
Happy Birthday to KASYAH
Happy Birthday To You


--------------------------------

Happy Birthday Cikgu Kasyah.
semoga dilimpahkan nikmat...kesenangan..
kesihatan yang baik..
kerja yang baik..
anak murid yang baik.. 





Love, 
The Dazzling Ladybie



Wednesday, September 6, 2017

Pembahagian Daging Korban


Image result for korban

Qorban (Part 2)




PEMBAHAGIAN DAGING QURBAN

Pembahagian daging qurban terbahagi kepada dua jenis, iaitu sembelihan qurban wajib (nazar) dan sembelihan sunat seperti yang berikut: 
  • Pembahagian daging qurban wajib atau nazar: 
    • Wajib semua dagingnya termasuk kulit dan tanduk disedekahkan kepada orang fakir dan miskin, dan haram bagi pihak orang yang berqurban memakan daging qurbannya atau memanfaatkan sembelihan itu untuk kepentingan dirinya. 
  • Pembahagian daging qurban sunat: Menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i: 
    • 1/3 untuk dimakan oleh pihak yang berqurban dan ahli keluarganya; 
    • 1/3 untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin; 
    • 1/3 untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran. 


Yang paling afdal menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i ialah bersedekah semuanya kecuali pada beberapa ketul atau suapan yang agak berpatutan dimakan oleh orang yang berqurban untuk mengambil berkat, seperti sebahagian hati kerana ianya sunat dimakan. Amalan ini pernah dilakukan oleh Nabi SAW ketika Baginda melakukan qurban.







Love, 
The Dazzling Ladybie



Qorban


Image result for korban

Qorban

Ibadah qurban disyariatkan sebagai tanda bersyukur terhadap Allah SWT atas segala nikmat-Nya yang berbagai-bagai dan juga atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun. Ia juga bertujuan menjadi kifarat bagi pelakunya sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan, ataupun dengan sebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan, di samping memberikan kelegaan kepada keluarga orang yang berqurban dan juga mereka yang lain


HUKUM BERQURBAN 

Dalil pensyariatan ibadah qurban adalah berasaskan kepada al-Quran merujuk kepada surah al-Kauthar ayat 2, surah al-Hajj ayat 36 dan surah al-Safat ayat 107. Manakala dalil pensyariatan berasaskan Sunnah ialah daripada hadith Aisyah yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan Ibn Majah dan hadith Anas yang diriwayatkan oleh Muslim. 

Menurut pandangan jumhur ulama, hukum melaksanakan ibadah qurban adalah sunat muakkadah bagi individu yang berkemampuan. Pandangan ulama mazhab Shafi‘i adalah sunat ‘ain bagi setiap orang sekali dalam seumur hidup. Menurut pandangan yang masyhur di kalangan ulama mazhab Maliki adalah makruh meninggalkannya bagi mereka yang mampu. Manakala bagi mereka yang berniat untuk melakukan qurban nazar maka hukum melaksanakannya adalah wajib.


STATUS HUKUM DAGING QURBAN 

Hukum berkaitan daging qurban terbahagi kepada beberapa status seperti yang berikut: 
  • (Haram memakan daging bagi orang yang melakukan qurban nazar (wajib) dan juga ahli keluarga di bawah tanggungannya walaupun sedikit sebagaimana juga haram memberikan daging qurban tersebut kepada orang bukan Islam. 
  • Hukum pemberian daging qurban sunat kepada orang bukan Islam adalah haram menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i. 
  • Kulit, lemak, daging, susu, kaki, kepala dan bulubulunya haram dijual oleh orang melakukan ibadah qurban sama ada qurban wajib atau qurban sunat. 
  • Bahagian atau anggota sembelihan qurban tidak harus dikhususkan kepada tukang sembelih sebagai upah melakukan sembelihan, kecuali bahagian atau anggota tersebut diberikan oleh individu yang melakukan qurban. 
  • Sunat bagi individu yang melakukan qurban sunat (tatawu’) memakan daging qurbannya.





Love, 
The Dazzling Ladybie



Misteri Daging Korban


haaa.. ni nak citer laaa..
pasal..
"Misteri daging korban"
ape yang misteri tu????
haaa ni nak citer la..

Image result for daging qurban

u can refer to my older post. "Qorban 2017"
untuk citer pengalaman qorban 2017..
and ni sambungan "drama" dari qorban 2017

biasalah.. bila qorban...
ade bahagian daripada qorban kita tu kita boleh ambil..
sama ada nak masak/dibuat makan..
atau nak diberi kepada kaum keluarga..
yang selebihnya. disedekahkan pada fakir dan miskin

so... as usual.. kami amik la sorang sikit..
I amik few plastik
- for us (fmly)
- for kazen
- for Mr Teddy + 1 plastik hati
- for CIk Fatin 2 plastik

Busu pulak.. dh hamik entah bape kilo Tulang & daging untuk famili suami dia..
*anak-anak tiri dia*

Angah pula dh amik juga few untuk famili mama..

and i dah asingkan few plastik for keluarga belah daddy yang dtg kat rumah Nek Busu.
yang mana x datang.. x bagi pon.. he he he..

nak dijadikan citer..
kami dh asingkan dalam 20++ plastik untuk bagi kat jiran2 sebelah rumah kat kampung..
yang mana dekat laa.. n rapat dengan famili..

kalau ikutkan.. banyakkkkk boleh dapat and bagi.
tapi.. somehow Busu buat perangai sikit..
nak bg kat sedara yang x mai kat rumah busu..
ok.. thats fine.. bagi la sikit2..
yg buat jd org tanda tanya.. habis segala tok nek jiran kazen tu pon nak bagi wat ape...
bukan rapat pon..
Yes.. kalau ada lebih xpe...

disebabkan esbox (peti ais) kat kg tu kecik...
entah dimana mana  campaknya daging tu..

as i janjikan.. i jmpe Mr Teddy.. sebab nk bg daging..
ala.. x gi mana pon.. Teddy dtg rumah amik daging je..

esoknya.. Busu ngadu kat mummy
"Hati aku hilang.. dorang dah asingkan hati tu besar gini untuk aku.. entah hilang"
then.. i selamba cakap " dh xde rezeki la tuu... so.. xbaik bising2"

td.. masa turun makan... mmy lak serang ..
"Angah bagitau... dia x dapat daging.. Dak Ain tu bg daging kat kawan dia"
i dengar tu jd sentappp..
hoiii.. aku dh asingkan aku punya kot...
xkan sebab aku bg kawan aku jd persoalan..
Then i balas kat mummy " ehh.. dh bgtau mummy kan akak nk bg kawan akak.. dh siap asingkan lg awal2..in fact, org amik n asingkan dr rumah Nek Busu lg... bkn tetiba ada adakan... asal nk bising lak.. klu daging dia hilang.. knp x point fingers kat Busu.. Busu tu.. semua pon dia nk bg.. entah spe2 dia bg.. semua anak dia lahhhh dia bg.. and one more.. i shud have more lg plastik daging. since ive take more than i shud and i simpan for my fren in KL.. tp haprak sumer hilang"
then mummy senyap...

i sambung "klu mcm ni la mummy.. next year.. xpayah nk gabung2 tumbang lembu ni bagai.. susah dgn family.. x amanah.. pastu semua main tunjuk2 salah..  if kata nk buat juga... kita sedekah je semua kat masjid.. biar dia uruskan.. sonang.. xyah pening2 "

misterinya,,
mana pergi daging korban ni ehh..
kemana dia menghilang..






Love, 
The Dazzling Ladybie



Tuesday, September 5, 2017

How to Save Right for Retirement


Image result for retirement

how to save right for retirement

1. START SAVING ASAP
- because the money you put in your retirement fund now will have more time to grow through the power of compound growth

2. DO EVERYTHING POSSIBLE NOT TO CASH OUT YOUR RETIREMENT ACCOUNT EARLY

3. GIVE MONEY TO GET MONEY

4. WHEN YOU GET A RAISEM RAISE YOUR RETIREMENT SAVINGS TOO. 





Love, 
The Dazzling Ladybie