1. Yang beragama dan berakhlak mulia
yang beragama disini bukanlah hanya semata pada yang beragama Islam sahaja.. namun keinginan mereka untuk menjalani dan menghayati prinsip-prinsip pegangan agama Islam dalam keidupan seharian serta berakhlak baik dan berkelakuan mulia
2.Bersifat pengasih dan penyayang
bersifat pengasih kepada kanak-kanak, hormat orang tua. Wanita yang kasar, pendendam dan pemarah tidak akan dapat menjadi seorang isteri yang baik dan mampu meneruskan hidup dengan suami dan kehidupan berumah tangga akan menjadi tidak selesa
3. Boleh melahirkan zuriat
Tujuan perkahwinan ialah untuk menyambung dan memperkembangkan zuriat.
4. Masih perawan
Yang dimaksudkan di sini ialah seeloknya wanita yang bersih dan belum biasa mengenali permainan cinta lebih baik daripada janda yang telah biasa dengan permainan asmara kecuali pada keadaan tertentu
5. Keturunan yang baik
keturunan yang yang baik dari segi keagamaan, kecerdasan, kesihatan dan akhlak yang mulia
6. Tiada jurang perbezaan yang besar
Seeloknya tidak ada jurang umur, status sosial, pendidikan yang terlalu besar antara calon suami dan isteri. Perbezaan yang jauh daripada aspek yang dinyatakan tadi akan menyukarkan lahirnya keserasian dan keharmonian dalam kehidupan berkeluarga. Oleh kerana itu beberapa mazhab mensyaratkan adanya kufu'(setaraf) antara calon suami dan isteri
7. Bukan keluarga yang terdekat
Perkahwinan dengan keluarga yang terdekat seperti sepupu kurang digalakkan kerana ianya tidak dapat membina jaringan keluarga yang lebih luas. Sebaiknya, calon suami dan isteri datangnya daripada keluarga yang jauh seperti perumpamaan benih pokok jika dicantumkan dengan baka yang berlainan akan melahirkan baka yang baik
Love,
The Dazzling Ladybie
No comments:
Post a Comment