Seorang
isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak berkredit
lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami
yang sedang bekerja di site.
Selepes
si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan
lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak
menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.
Si
isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di
depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan
si suami kerana perlakuan curangnya.
Habis
berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu.
Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan
oleh perempuan di talian tadi.
Si anak pun cakap “Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi”.
Love,
The Dazzling Ladybie
No comments:
Post a Comment