ANUGERAH TERINDAH
(Diadaptasi ke TV, Sayangku Kapten Mukhriz)
-Tak elok lelaki dan wanita yang bukan mahram keluar bersama.- Mukhriz
-Bukan keluar berdua. Saya, ustaz, Kak Marlia, along, Kreisya, lepas tu ustaz nak ajak kawan satu bilik pun tak apa.- Ariana
PELBAGAI
perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia
utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu
kem.
….
Saya dah jatuh hati dengan ustaz. Dah jatuh cinta dengan ustaz. Saya
tak nak jawapan sekarang, ustaz fikir-fikirkanlah ya. Moga-moga cara
memikat style lama ini buatkan hati ustaz terbuka untuk saya.
Sekian.
I have a pen. My pen is blue. I have a boyfriend. My boyfriend is you.
MUKHRIZ pening kepala. Ariana lagilah pening kepala.
“Saya nak ustaz jawab soalan sms terakhir saya dulu, baru ustaz boleh balik.”
Jemari Mukhriz sudah di dahi. Apa yang dia nak jawab? Ariana… Ariana.
“Kalau
nak kahwin dengan saya, bukan macam ni caranya. Datang jumpa keluarga
saya ya.” Hanya itu sahaja jawapan kepada soalan Ariana lewat smsnya.
Spontan sebenarnya dia jawab tanpa berfikir apa-apa.
“Ya
Allah, ya ke ustaz? Hujung minggu ni juga saya hantar rombongan
meminang.” Ariana rasa macam nak terjun sahaja ke tasik buatan tu
sekarang ini. Sangat-sangat teruja dan gembira.
DOKTOR
Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! Tewaskah
Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Apa akan jadi seterusnya apabila
Mukhriz ini rupanya ramai peminat… Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam
diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah…
Mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati
Kapten Ustaz Mukhriz…
Love,
The Dazzling Ladybie
No comments:
Post a Comment