Tuesday, January 31, 2017

Encik Suami Mat Salih Celup

Image result for encik suami mat salih celup

Kisah antara Iman Amani dan Ian Hadif bermula apabila pertunangan antara Iman Amani dengan Naim diputuskan beberapa minggu sebelum tarikh ijab kabulnya. Bagi menutup rasa malu keluarga, Iman Amani menerima cadangan ibunya untuk mengahwini anak rakan ibunya iaitu Ian Hadif. 

Setelah diijab kabulkan, ibu mentua Iman Amani memintanya untuk 'memelayukan' Ian Hadif yang selama ini membesar di luar negara. Mereka mula mengenali antara satu sama lain. 

Rumahtangga yang berwarna-warni mula hilang warnanya. Bekas tunangnya, Naim muncul semula, mahukan Iman kembali. Mengeruhkan lagi keadaan munculnya seorang model cantik jelita yang mengaku dirinya tunang kepada Ian membuatkan Iman mula pasrah dan redha. Iman mula menjalankan idea gilanya dan Ian semakin menjauhkan diri.





Encik Suami Mat Salih Celup


Love, 
The Dazzling Ladybie



Wednesday, January 25, 2017

Novel: Aku Yang Kau Tinggalkan


Aku Yang Kau Tinggalkan


Perkahwinan adalah ikatan terindah di antara dua jiwa yang saling mencintai yang berjanji akan sehidup semati. Tetapi bukan bagi perkahwinan Nia Atirah dan Zaril Ikhwan. Nia memerlukan wang bagi membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.
Cinta datang kepada Nia tanpa dia sedari. Secara perlahan-lahan, Nia jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Tetapi Nia disingkirkan setelah Zaril Ikhwan pulih dari sakitnya.
Nia meninggalkan Zaril Ikhwan lalu membawa hati yang lara ke Turin dan meneruskan hidupnya sendirian di kalangan orang asing bertahun-tahun lamanya.
Takdir menemukan mereka di bumi Turin. Pertemuan itu telah mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing.
Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan kehidupan ini, yang terbaik untuk mereka berdua adalah berpisah secara rasmi dan tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan.






RESIPI: IKAN SINGGANG


Da47

Ikan Singgang



Bahan-bahan: 
  • Ikan, apa-apa jenis pun tak apa 
  • Lengkuas 
  • Kunyit 
  •  Bawang putih (diketuk) 
  • Kacang bendi (dipotong dua) 
  • Asam keping 
  • Air 1 1/2 cawan 
  • Garam dan secukup rasa



Cara-caranya: 
  • Masukkan air dalam periuk dan campakkan sekali lengkuas, kunyit dan bawang putih. Biar mendidih. Masukkan ikan, asam keping dan kacang bendi. Biarkan sampai ikan masak. Kemudian, masukkan garam dan secukup rasa. Biar mendidih. Siap untuk dihidang.






Love, 
The Dazzling Ladybie



Friday, January 20, 2017

Marvelous Mac & Cheese from Pasta Panas


Image may contain: food

tengok...
sedap kan Mac & Cheese dalam gambar kat atas tu..
memang sedap.. memang sangat sedap.

korang boleh try this delicious Mac & Cheese di Pasta Panas, Restoran Kapitan ( landmark : EnerZ, USJ 1)
memang sedapp.. and sangat sedap..
xminat Mac & Cheese..
ade few choices pasta yang sedap2 kat sana..
Aglio Olio..Bolognese, Cabonara, Arabiata..
semua ada.. chef sedia masak untuk anda..
haaa gittuuuhh.

ni sumer kerja kawan baby sorang tu.. nama dia Myra..
dia la penghasut b untuk try bendalah ni..
biasa b mkn aglio olio...
xpon bolognese je..
xpon sesaja lepak and minum or makanan bende lain..

tapi bila tgok cik Myra makan..
terus terliur kau...
haaaa.. ko rasa... hamekk..
terus melekatss sampai sekarang..

so.. yang giler pasta..
you can come over and try up this mac & cheese..
very recommended..



Love, 
The Dazzling Ladybie



Friday, January 13, 2017

Lirik Bayang - Khai Bahar



Image result for lirik bayang


Lubuk Hati Yang Terdalam,
Dihuni Rindu Menjalar,
Jarak Terus Memisahkan,
Tapi Hati…
Mungkin Tangan Ini Tak Pernah,
Membelai Indah Cintamu,
Mungkin Mata Ini Tak Terlihat,
Tak Akan .. Hilang.
Bayang,
Mekar Di Dalam Jiwaku,
Bersebelahan Tanganku,
Tak Mungkin Aku Terlupa..
Rindu,
Hati Ini Semakin Risau,
Jurang Perjalanan Ku,
Walau Jauh Tak Kan Berubah.
#Bayang,
Mekar Di Dalam Jiwaku,
Bersebelahan Tanganku,
Tak Mungkin Aku Terlupa,
Rindu,
Hati Ini Semakin Risau,
Jurang Perjalanan Ku,
Walau Jauh Tak Kan Berubah.
_Bengang,
Rindu Mendera Hatiku,
Pedih Menyiksa Jiwaku,
Tak Pernah Kita Bersua.







Love, 
The Dazzling Ladybie



Wednesday, January 11, 2017

RESIPI : Nasi Ayam


F37d

Nasi Ayam


Bahan-bahan kuah sup: 
  • 1 ekor ayam - buang kulit dan potong 4 
  • 1 biji bawang besar kuning - hiris
  •  3 bawang putih - hiris 
  • 2 inci halia - hiris 
  • Sup bunjut 
  • Sedikit bawang goreng 
  • Daun sup 
  • Garam

Cara-cara membuatnya: Tumis bawang hiris, halia dan sup bunjut sehingga wangi. Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering. Masukkan air secukupnya dan rebus sehingga ayam masak. Masukkan bawang goreng, garam dan sedikit perasa. Tutup api dan keluarkan ayam. Semasa hendak dihidangkan, tabur daun bawang/daun sup.

Bahan-bahan nasi ayam: 
  • Beras - basuh dan tos 
  • Kuah sup 
  • Daun pandan


Cara-cara membuatnya: Masukkan air rebusan ayam dan daun pandan, kemudian masak dalam rice cooker sehingga nasi masak. Setelah nasi masak, buatkan 2 lubang pada nasi dan masuk 2-3 sudu besar mentega ke dalamnya. Tutup semula dengan nasi. Akhir sekali, kacau rata.

Bahan-bahan ayam goreng:
 Ayam yang rebus tadi - angkat dan tos Kicap

Cara-cara membuatnya: Lumur ayam dengan kicap dan goreng di saat hendak dihidangkan. Angkat dan potong ayam mengikut suka hati. Siap untuk dihidangkan bersama sayuran salad, timun dan buah tomato.





 Love, 
The Dazzling Ladybie



Tuesday, January 10, 2017

Lirik Warkah Untukku - Ara Af2016


Image result for lirik warkah untukku

Cintamu hancurkan zahirku
Rela dicampak ke penjaramu
Dari diperlakukan begini

Sungguh kau yang kumahu
Berdoa semoga kau kan berubah
Mendampingiku selalu

Kasihku tolong lihatkanlah
Tunjuk dia jalan kepadamu
Yang tersesat tiada bertuju

Berikan hatimu padanya
Kau akan rasa cinta sebenar
Dalam kau mencari aku

Sungguh kau yang kumahu
Berdoa semoga kau kan berubah
Mendampingiku selalu

Sungguhnya kau yang kumahu
Berdoa semoga kau akan berubah
Mendampingiku selalu

Sungguh kau yang kumahu
Berdoa semoga kau akan berubah
Mendampingiku selalu

Sungguhnya kau yang kumahu
Berdoa semoga kau akan berubah
Mendampingiku selalu

Sungguh kau yang kumahu
Berdoa semoga kau akan berubah
Mendampingiku selalu


Tuesday, January 3, 2017

Berholi Holi ala Diwali


holla amigos..
hari tu masa New year sempat la juga b and kawan-kawan b nie plan for a short vacay.
short jer..
sebab tido 1 malam je
kengkonon nak celebrate New Year.
lagipon cuti tak lama..


so.. dalam dekat dekat tu.. kitorang plan ke Port Dickson je.
ala.. kejap je ponnn...
tu yang paling mudah and dekat..

so.. antara yang join is kawan dari group backpackers.
ada Azrol a.k.a Abg Ramlee, Naim & Firdaus
while yang girls ni just b dengan Cik Fatin je

one of the activities yang kitorang rancang nak buat tu ialah.....
ber Holi Holi ala diwali..
ala.. yang main tepung kaler kaler..
syiok juga la main..
walaupon lepas tu ade konflik susah nak tanggalkan kaler and so on..
hehehe..

so. this is some of the pics..

Image may contain: 5 people, tree, outdoor and nature

Image may contain: 5 people, people standing and outdoor



 





Love, 
The Dazzling Ladybie



Monday, January 2, 2017

Got My New Baby


Image may contain: 2 people, people standing and text

phone arwah daddy, Samsung Galaxy S5 tetiba buat perangai
tetiba rosak..
langsung tak boleh charge..
memang nangis juga la..
banyak important things dalam fon tu..

once dah bincang2 dengan mmy..
i decided to buy a new phone..
so.. antara dua ni pilihan i..
either nak jadi Siti Nurhaliza or Nora Danish??
kompiusss... kompiussss...
pikir punya pikir punya pikir..

last2 i decided to buy..
and i buy this ~!!!

Image result for oppo f1s

welcome home baby oppo...
be a gud boyfie yee..
heee








Love, 
The Dazzling Ladybie