Wednesday, January 11, 2017

RESIPI : Nasi Ayam


F37d

Nasi Ayam


Bahan-bahan kuah sup: 
  • 1 ekor ayam - buang kulit dan potong 4 
  • 1 biji bawang besar kuning - hiris
  •  3 bawang putih - hiris 
  • 2 inci halia - hiris 
  • Sup bunjut 
  • Sedikit bawang goreng 
  • Daun sup 
  • Garam

Cara-cara membuatnya: Tumis bawang hiris, halia dan sup bunjut sehingga wangi. Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering. Masukkan air secukupnya dan rebus sehingga ayam masak. Masukkan bawang goreng, garam dan sedikit perasa. Tutup api dan keluarkan ayam. Semasa hendak dihidangkan, tabur daun bawang/daun sup.

Bahan-bahan nasi ayam: 
  • Beras - basuh dan tos 
  • Kuah sup 
  • Daun pandan


Cara-cara membuatnya: Masukkan air rebusan ayam dan daun pandan, kemudian masak dalam rice cooker sehingga nasi masak. Setelah nasi masak, buatkan 2 lubang pada nasi dan masuk 2-3 sudu besar mentega ke dalamnya. Tutup semula dengan nasi. Akhir sekali, kacau rata.

Bahan-bahan ayam goreng:
 Ayam yang rebus tadi - angkat dan tos Kicap

Cara-cara membuatnya: Lumur ayam dengan kicap dan goreng di saat hendak dihidangkan. Angkat dan potong ayam mengikut suka hati. Siap untuk dihidangkan bersama sayuran salad, timun dan buah tomato.





 Love, 
The Dazzling Ladybie



No comments:

Post a Comment