Wednesday, June 14, 2017

RESIPI : TTEOBOKKI




Tteobokki


Bahan-Bahan: 
  •  Beberapa butir ikan bilis bersaiz besar (rencah kuah) 
  • Rumpai Laut Kering (rencah kuah) 
  • Kek Beras (boleh beli di pasaraya AEON) 
  • Daun Bawang (hiasan) 
  • Pes Cili jenis “Sunchang Gochujang” (secukup rasa) 
  • 2 biji Telur (yang telah direbus) 
  • Gula (secukup rasa) 
  • Bijan (hiasan) 
  • Serbuk Cili (Chili flakes) 
  • Aneka bebola/kek ikan 



Cara Penyediaan: 
  1.  Reneh air dalam periuk. Sambil itu, kupas dan bersihkan ikan bilis anda untuk dijadikan perencah enak pada kuah Ddeokbokki anda. 
  2.  Setelah air renehan cukup panas, masukkan ikan bilis serta rumpai laut kering ke dalam periuk. Biarkan kesemua perasa itu bergabung dalam air renehan untuk 10 hingga 15 minit. 
  3. Sementara menunggu, anda boleh mula potong kek beras kepada beberapa bahagian. Jangan terlalu panjang dan jangan pula terlalu pendek. Jangan lupa untuk hiris daun bawang sebagai penambah seri kepada masakan Ddeokbokki ini. 
  4. Buat campuran pes dalam mangkuk kecil yang terdiri daripada 1 setengah cawan pes cili, satu sudu makan emping cili (chili flakes) dan satu sudu makan gula. Gaul sebati. 
  5. Okay, jika anda rasa air renehan tadi sudah cukup sempurna, alihkan ikan bilis dan rumpai laut yang anda renehkan tadi daripada periuk. 
  6. Selepas itu, baru anda mula masukkan kek beras berserta campuran pes cili yang anda telah gaulkan tadi. 
  7. Setelah beberapa ketika, masukkan pula hirisan daun bawang, telur dan bebola/kek ikan pilihan anda. 
  8. Biarkan ia masak sehingga kuah mula memekat. Kacau secara perlahan supaya konsistensi sajian tidak rosak. 
  9.  Jangan lupa taburkan bijan!









Love, 
The Dazzling Ladybie



No comments:

Post a Comment