Ikhwan merupakan pelajar tingkatan empat yang sentiasa mengacau keharmonian sekolah. Dia budak wanted walaupun bapanya pengerusi PIBG di sekolah tersebut. Dan dia geng Yusoff, adik Hawa yang merupakan pelajar tingkatan lima di sekolah yang sama.
Berbeza dengan Ikhwan, Hawa merupakan pelajar contoh di sekolah. Dia seorang pelajar pintar yang aktif di sekolah serta rajin membuat kerja rumah. Atas dasar itulah bapa Ikhwan meminta jasa baik Hawa menjadi guru tuisyen anaknya itu.
Bertitik tolak dari situ, hati Ikhwan mula tercuit dengan seniornya itu. Hawa tidaklah cantik sangat pada matanya, tetapi gadis itu cun tahap tak hengat. Dia memberanikan diri meluahkan perasaannya pada Hawa, namun Hawa tidak memberi sebarang kata putus. Hawa tidak mahu memberikan harapan pada Ikhwan kerana perjalanan hidup mereka masih jauh dan masa depan mereka masih samar-samar. Ikhwan yang kecewa dengan sikap Hawa membawa diri ke Belanda untuk melanjutkan pelajarannya.
Beberapa tahun berlalu dan masing-masing sudah pun memasuki alam pekerjaan. Yusoff yang masih berhubungan dengan Ikhwan ingin menukar status rakan baiknya itu kepada status abang ipar. Berjayakah dia? Bagaimana pula dengan Ikhwan? Adakah cintanya pada Hawa cinta sejati atau puppy love semata? Dan Hawa… adakah hatinya sudah terisi dengan insan lain atau masih mengenangkan Ikhwan?
“Aku bukan Prince Charming yang seperti semua perempuan harapkan. I can’t promise you happy ever after or love story like fairytales. But I promise you, to stay by your side up hills or down streams. So, aku cakap terus terang… Kalau aku minta parents aku masuk propose kau, tolong terima.” – IKHWAN
“Cinta, love, ài, amor, liebe, sarang, l’amour. Manamana word yang kau berkenan, kau boleh pilih. Ke… nak aku tambah lagi?”
No comments:
Post a Comment