Isteri Isteri Rasulullah S.A.W
1. Siti Khadijah binti Khuwailid.
Nabi
mengawini Khadijah ketika Nabi masih berumur 25 tahun, sedangkan
Khadijah sudah berumur 40 tahun. Khadijah sebelumnya sudah menikah 2 kali sebelum menikah dengan Nabi SAW. Suami pertama Khadijah adalah Aby Haleh Al Tamimy dan suami keduanya adalah Oteaq Almakzomy,
keduanya sudah meninggal sehingga menyebabkan Khadijah menjadi janda.
Lima belas tahun setelah menikah dengan Khadijah, Nabi Muhammad SAW pun
diangkat menjadi Nabi, yaitu pada umur 40 tahun. Khadijah meninggal pada
tahun 621 A.D, dimana tahun itu bertepatan dengan Mi’raj nya Nabi
Muhammad SAW ke Surga. Nabi SAW sangatlah mencintai Khadijah. Sehingga
hanya setelah sepeninggalnya Khadijah lah Nabi SAW baru mau menikahi
wanita lain. Manusia
pertama masuk Islam. Rasulullah tidak berpoligami semasa hayat Siti
Khadijah. Wanita paling terhormat di kalangan kaumnya dari segi
keturunan, kekayaan dan kepintaran. Meninggal tahun ketiga sebelum
hijrah.
2. Saudah binti Zam'ah.
Wanita pertama dinikahi selepas kewafatan Siti Khadijah. Berusia 65 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Suami pertamanya adalah Al Sakran Ibn Omro Ibn Abed Shamz,
yang meninggal beberapa hari setelah kembali dari Ethiophia. Umur Sawda
Bint Zam’a sudah 65 tahun, tua, miskin dan tidak ada yang mengurusinya.
Inilah sebabnya kenapa Nabi SAW menikahinya. Rasulullah meminangnya untuk menjaga anak-anak Rasulullah dengan Khadijah.
3. Aisyah binti Abu Bakar.
Satu-satunya isteri yang dikahwini semasa anak dara. Waktu itu Aishah sudah bertunangan dengan Jober Ibn Al Moteam Ibn Oday,
yang pada saat itu adalah seorang Non-Muslim. Orang-orang di Makkah
tidaklah keberatan dengan perkawinan Aishah, karena walaupun masih muda,
tapi sudah cukup dewasa untuk mengerti tentang tanggung jawab didalam
sebuah perkawinan. Nabi Muhammad SAW bertunangan dulu selama 2 tahun
dengan Aishah sebelum kemudian mengawininya.Rasulullah
mengahwininya bagi merapatkan lagi hubungan dengan Sayidina Abu Bakar.
Berusia 9 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling alim dalam
pengetahuan agamanya.
4. Hafsah binti Umar.
Untuk
merapatkan hubungan baik dengan bapanya, Sayidina Umar, dan memuliakan
suaminya yang syahid dalam perang Uhud. Berusia 21 tahun ketika
berkahwin dengan Nabi. Pandai menulis dan berbahasa.
Pada
mulanya, Umar meminta Usman mengawini anaknya, Hafsah. Tapi Usman
menolak karena istrinya baru saja meninggal dan dia belum mau kawin
lagi. Umar pun pergi menemui Abu Bakar yang juga menolak untuk mengawini
Hafsah. Akhirnya Umar pun mengadu kepada nabi bahwa Usman dan Abu Bakar
tidak mau menikahi anaknya. Nabi SAW pun berkata pada Umar bahwa
anaknya akan menikah demikian juga Usman akan kawin lagi. Akhirnya,
Usman mengawini putri Nabi SAW yiatu Umi Kaltsum, dan Hafsah sendiri
kawin dengan Nabi SAW. Hal ini membuat Usman dan Umar gembira.
5. Zainab binti Khuzaimah.
Rasulullah
menikahinya demi memuliakan suaminya yang syahid dalam Perang Uhud.
Berusia 29 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau digelar ummu al-Masakin (ibu orang-orang miskin) kerana sikap penyayang dan kelembutannya terhadap mereka.
6. Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah.
Berusia
34 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memecah tembok permusuhan
dengan kabilah Bani Makhzun terhadap Islam dan memadamkan kebencian
mereka. Wanita pertama hijrah ke Habsyah. Paras cantik dan akal pintar.
Suaminya,
Abud Allah Abud Al Assad Ibn Al Mogherab, meninggal dunia, sehingga
meninggalkan dia dan anak-anaknya dalam keadaan miskin. Dia saat itu
berumur 65 tahun. Abu Bakar dan beberapa sahabat lainnya meminta dia
mengawini nya, tapi karena sangat cintanya dia pada suaminya, dia
menolak. Baru setelah Nabi Muhammad SAW mengawininya dan merawat
anak-anaknya, dia bersedia.
7. Zainab binti Jahsy.
Seorang
yang sangat kuat beribadah, paling banyak bersedekah dan memuliakan
orang miskin. Berusia 35 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Perkahwinan
dengan Rasulullah adalah perintah langsung daripada Allah.
Sebelum
berkahwin dengan Nabi, Zainab adalah bekas menantu Nabi dari anak
angkat, Zaid bin Haritha. Zainab adalah satu-satunya isteri Nabi yang
langsung dijodohkan oleh Allah SWT kepada Nabi serta membukukannya dalam
Al-Qur'an.
8. Juwairiyah binti Al-Harith.
Tawanan
perang bani Mustalaq yang dibebaskan oleh Rasulullah dan kemudian
dinikahi Baginda. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Banyak
berpuasa dan beribadat.
9. Safiyyah binti Huyai.
Pembebasan
daripada tawanan perang. Berusia 17 tahun dan sudah menjanda ketika
berkahwin dengan Nabi. Beliau bersifat lemah lembut dan bersikap benar.
10. Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufiyan.
Berusia
31 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memperbaiki hubungan dengan
Abu Sufiyan. Berhijrah ke Habsyah bersama suaminya dan suaminya
meninggal di sana. Nabi meminang beliau menerusi raja Najasyi.
11. Maimunah binti Al-Harith.
Berusia
25 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi menyebarkan syiar Islam.
Paling bertakwa dan bersungguh-sungguh menyambung silaturahim.
Dia masih berumur 36 tahun ketika menikah dengan Nabi Muhammad SAW yang sudah 60 tahun. Suami pertamanya adalah Abu Rahma Ibn Abed Alzey.
Ketika Nabi SAW membuka Makkah di tahun 630 A.D, dia datang menemui
Nabi SAW, masuk Islam dan meminta agar Rasullullah mengawininya.
Akibatnya, banyaklah orang Makkah merasa terdorong untuk merima Islam
dan nabi SAW.
12. Mariah binti Syam'un.
Hadiah daripada Raja Muqawqis. Satu-satunya isteri yang mempunyai zuriat selepas Siti Khadijah.
Dia
awalnya adalah orang yang membantu menangani permasalahan dirumah
Rasullullah yang dikirim oleh Raja Mesir. Dia sempat melahirkan seorang
anak yang diberi nama Ibrahim. Ibrahim akhirnya meninggal pada umur 18
bulan. Tiga tahun setelah menikah, Nabi SAW meninggal dunia, dan Maria
akhirnya meninggal 5 tahun kemudian, tahun 16 A.H. Waktu itu, Umar bin
Khatab yang menjadi Iman sholat Jenazahnya, dan kemudian dimakamkan di
Al-Baqi
Love,
The Dazzling Ladybie
No comments:
Post a Comment