Sememangnya
terlalu banyak rahsia yang tersemadi pada tangan Kita… Walaubagaimana
pun ini cuma ramalan saja Dan jangan telalu fanatik sangat untuk
mempercayainya. Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang
Dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas… Setiap
garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik, bukan
semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. And
of course la bentuknya juga berbeza-beza.. Ada yang kurang jelas,
putus-putus Dan sebagainya. So selamat ‘menilik’.. Jangan tersalah
tilik, sudah la!
1. Garis Kehidupan
Garis
bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin
IA panjang Dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan
seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang
sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.
2. Garis kecergasan
Garis
bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran Dan
keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang
pelajar, jika IA jelas, terang Dan lurus, IA memperlihatkan bahawa kamu
seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran Dan kamu
berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.. Bagi kamu, setiap kejayaan
perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang
mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke me nara gading tanpa
sebarang masalah.
3. Garis hati/cinta
Garisan
ini melambangkan perasaan Dan percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai
satu garis yang panjang Dan lurus, IA menunjukkan bahawa kamu setia
dalam percintaan Dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja.
Manakala sekiranya garis itu putus-putus Dan terdapat cabang-cabang
lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal
dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut,
Ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini ‘ curang’ Dan
menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka
dalam masa yang sama!
4. Garis kejayaan
Cuba
kamu perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah IA terdiri
daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang
mempyai dua atau lebih garisan ini. Dikatakan mereka ini bakal
memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa juga yang
diceburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak
tangan kamu itu.
5. Garis matahari ( Sun line)
Bukan
semua orang yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas
Dan nyata. Sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, IA menunjukkan
kamu akan menjadi kaya Dan terkenal dalam kehidupan kamu. Sebab itulah,
Ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan
dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah
mendapat kejayaan.
6. Garis kesihatan
Sama
seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas,
lurus Dan tidak putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini
menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. Begitu juga
sebaliknya.
7. Garis perkahwinan
Sekiranya
garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak
tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal
Dan bahagia selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam
hidup kamu. Tiada lagi yang kedua Dan seterusnya…
8. Garis bilangan anak
Setiap
orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya Mata
sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa orang anakkah yang kamu
inginkan? Tidakkah kamu perlu mengetahuinya? Apa yang perlu kamu lakukan
ialah dengan mengira berapa banyak garisan halus Dan pendek yang kamu
miliki Dan IA sebenarnya mewakili jumlah bakal anak kamu nanti. Misalnya
kamu mendapat terdapat empat garisan Dan ini bermakna jumlah anak kamu
nanti ialah empat orang.
9. Garis perjalanan
Adakah
kamu ini seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka
merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya kamu ini
mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas Dan terang, seperti yang
dinyatakan pada garisan bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya kamu ini
juga suka hidup berpindah-randah Dan mudah bosan dengan sesuatu tempat.
10. Garis kewangan
Setiap
orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna Dan bahagia. Tentu
sekali IA mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi kamu
yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas Dan terang,
dikatakan kamu mampu memperolehi Wang yang banyak melalui pekerjaan yang
kamu lakukan itu.
11. Garis pergelangan tangan
Cuba
kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya.
Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan ? Diramalkan, setiap garis
membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. Kira saja
berapa gelang yan gkamu Ada Dan ramalkan jumlah hayat kamu sendiri! Tapi
awas! Jangan terlalu percaya sangat…. Ajal Dan maut di tangan Tuhan kan
?
Bila jari kamu dirapatkan….
Apa
yang kamu lihat bila merapatkan kesemua jari kamu itu di antara satu
sama lain? Adakah semuanya rapat-rapat? Kemudian Cuba kau perhatikan di
antara jari kelengkeng Dan jari manis kamu sewaktu kamu rapatkan
keduanya. Cuba dekatkan jari kamu itu dengan Mata kamu Dan tengok sama
kamu boleh lihat Ada sebarang ‘gap’ di antaranya… Sekiranya kamu dapat
melihat cahaya di antara keduanya… Bermaksud IA tidak rapat Dan
renggang… Maknanya kamu ini seorang yang cukup pemurah. Malah kadangkala
kamu juga terlalu boros dalam berbelanja. Walau bagaimanapun kamu ini
bukan seorang yang kedekut! Sebaliknya sekiranya tiada ruangan di antara
kedua jari itu bile dirapatkan, ini bermakna kamu ini kedekut orangnya
Dan pentingkan diri sendiri! Betul ke? hehehee…kalau terkene jangan la
mareee..
Sememangnya
terlalu banyak rahsia yang tersemadi pada tangan kita…. walaubagaimana
pun ini cuma ramalan saja dan jangan telalu fanatik sangat untuk
mempercayainya.. cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang
dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas… setiap
garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik, bukan
semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. and
of course la bentuknya juga berbeza-beza.. ada yang kurang jelas,
putus-putus dan sebagainya. So selamat ‘menilik’.. jangan tersalah
tilik, sudah la!
Love,
The Dazzling Ladybie
No comments:
Post a Comment