Thursday, June 23, 2016

Imam Mudaku Romantik

Imam Mudaku Romantik

LAILA KHALISAH, pemilik butik Pinkwears yang sememangnya mengimpikan seseorang yang bergelar imam muda atau ustaz menjadi suaminya. Kemunculan MUHAMMAD FAQIH dalam kehidupannya telah banyak mengubah isi keluarga wanita itu.
Si Faqih pula pandai menambat hati isterinya. Sekeping kad besar yang tertulis I Love You, Laila di cermin hadapan Peugeot 508 berwarna putih bersama lambakan ros merah di sekelilingnya merupakan kejutan untuk cinta hatinya itu.
Masjid yang dibina oleh mereka diserikan lagi apabila Laila Khalisah disahkan hamil kembar. Namun, pada usia perkahwinan yang masih setahun jagung itu, kebahagiaan mereka diragut dengan fitnah yang dilemparkan oleh Izham, bekas tunang Khalisah. Izham muncul kembali menagih cinta Khalisah.
“Khalisah sendiri tak tahu anak siapa yang ada dalam kandungannya sekarang. Sebab selain dengan suaminya, Khalisah sebenarnya dah banyak kali tidur dengan saya, semenjak dia belum berkahwin dengan Faqih lagi.” – IZHAM
Campur tangan kedua ibu bapa mereka menambahkan lagi keperitan hidup rumah tangga mereka. Disebabkan fitnah itu Faqih dan Khalisah dipisahkan. Khalisah dihalau dari rumah oleh ibu mertuanya. Manakala, mama Khalisah pula meninggalkannya di satu tempat yang asing baginya.
“Laila, di mana Laila sekarang? Khalifah-khalifah kecil kita dah lahir ke belum? Abang minta maaf sangat kerana abang tak mampu bersama-sama Laila menyambut kelahiran khalifah-khalifah kecil kita.”
Adakah bahagia milik mereka?





Love, 
The Dazzling Ladybie



No comments:

Post a Comment