► Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.
►
Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan
secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit,
makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda
mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.
►
Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan
airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam.
Minum dua kali seminggu.
►
Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air
suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.
►
Untuk batuk-batuk gatal terutama di kerongkong, ambil jus limau nipis.
Kemudian campurkan dengan sedikit kicap dan madu lebah lalu diminum.
►
Ambil 1/4 biji buah pala, 1/2 biji limau nipis dan secamca minyak kayu
putih. Buah pala diparut, limau nipis diperah, ambil airnya sahaja.
Parutan buah pala dan perahan limau dicampur dengan kulit kayu putih.
Gosokkan ramuan tadi dengan lembut pada punggung dan dada anak. Lakukan
tiga kali sehari hingga seminggu.
►
Jika anda mengalami batuk yang berterusan, ambil lapan helai daun
pudina (orang cina panggil bo ho) dan rebus dengan beberapa ketul gula
batu selama lima minit. Minum airnya beberapa kali agar batuk anda tidak
berterusan. Setiap rebusan mesti menggunakan lapan helai daun pudina.
►
Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada
kanak-kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada
anak anda dan makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga
sembuh.
►
Bagi anda yang sering batuk-batuk, petua paling mudah untuk
meredakannya dengan mengambil secamca besar madu lebah, lebih baik
dicampur sedikit air tetapi jangan terlalu cair. Kemudian, campur
sedikit perahan limau nipis. Sebaiknya, ia diminum setiap malam sebelum
tidur.
► Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.
►
Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan
secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum
airnya.
►
Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan
airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam.
Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.
► Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.
►
Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam
cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman
dan minum airnya pada esok paginya.
►
Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di
bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan
limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering
dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi
dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak
nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.
►
Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum
campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.
Love,
The Dazzling Ladybie
No comments:
Post a Comment