Paru Berlada
Ingredients
- 1/2 kg paru lembu
- Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
- Sedikit serbuk kunyit
- Garam dan gula secukup rasa
- 5 biji cili besar/cili merah
- 7-10 biji cili padi - ikut kepedasan masing2
- 6 biji bawang merah
- 2 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci belacan
Directions
- Rebus paru lembu sehingga lembut.
- Angkat dan toskan. Sejukkan.
- Apabila dah sejuk, boleh dihiris nipis2 atau mengikut citarasa masing2.
- Gaulkan dengan sedikit garam serta serbuk kunyit.
- Panaskan minyak masak dalam kuali.
- Gorengkan paru tadi hingga garing/ separa garing - terpulang pada citarasa masing2. Pastikan kuali ditutup dengan penutup sebab paru akan meletup2 semasa digoreng.
- Angkat dan toskan minyak.
- Dengan menggunakan kuali dan minyak yang sama, tumiskan bahan tumisan hingga naik bau dan garing serta naik minyak.
- Kemudian, masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali, masukkan paru yang elag digoreng tadi dan gaulkan sebati.
Love,
The Dazzling Ladybie
No comments:
Post a Comment