Thursday, February 16, 2017

Setahun Daddy Pergi



16 February...
bukan lagi satu hari yang mudah untuk aku lupakan..
bermula tahun lepas..

hari dimana aku menangis ditinggalkan oleh penyokong kuat aku
hari dimana aku ditinggal pergi oleh dia yang begitu dekat dengan aku
hari dimana aku hilang tempat bergantung aku...
hari diamana bermula episode baru dalam hidup aku..

tahun 2017,
genap 1 tahun arwah daddy pergi meninggal kami.
09 June 1961 ~ 16 February 2016
al-fatihah Mohd Yunus Bin Ismail
daddy kesayangan.

benar aku telah redha...
benar aku relakan..
namun masih terdetik jauh disudut hati bahawa aku terlalu rindukan dia..
tedetik jauh disudut hati aku masih inginkan dia..
aku masih ingin bermanja dengannya..
sungguh aku benar- benar rindu.
 


tarikh yang sama juga nenek aku pergi...
hanya selang 8 bulan selepas daddy..
bonda daddy menyusul pergi..
kini aku cucu yatimpiatu..
tak lagi punya nenek dan datuk untuk menumpang kasih..
 












 



Love, 
The Dazzling Ladybie



No comments:

Post a Comment