Tuesday, January 31, 2017

Encik Suami Mat Salih Celup

Image result for encik suami mat salih celup

Kisah antara Iman Amani dan Ian Hadif bermula apabila pertunangan antara Iman Amani dengan Naim diputuskan beberapa minggu sebelum tarikh ijab kabulnya. Bagi menutup rasa malu keluarga, Iman Amani menerima cadangan ibunya untuk mengahwini anak rakan ibunya iaitu Ian Hadif. 

Setelah diijab kabulkan, ibu mentua Iman Amani memintanya untuk 'memelayukan' Ian Hadif yang selama ini membesar di luar negara. Mereka mula mengenali antara satu sama lain. 

Rumahtangga yang berwarna-warni mula hilang warnanya. Bekas tunangnya, Naim muncul semula, mahukan Iman kembali. Mengeruhkan lagi keadaan munculnya seorang model cantik jelita yang mengaku dirinya tunang kepada Ian membuatkan Iman mula pasrah dan redha. Iman mula menjalankan idea gilanya dan Ian semakin menjauhkan diri.





Encik Suami Mat Salih Celup


Love, 
The Dazzling Ladybie



No comments:

Post a Comment