Wednesday, September 6, 2017

Pembahagian Daging Korban


Image result for korban

Qorban (Part 2)




PEMBAHAGIAN DAGING QURBAN

Pembahagian daging qurban terbahagi kepada dua jenis, iaitu sembelihan qurban wajib (nazar) dan sembelihan sunat seperti yang berikut: 
  • Pembahagian daging qurban wajib atau nazar
    • Wajib semua dagingnya termasuk kulit dan tanduk disedekahkan kepada orang fakir dan miskin, dan haram bagi pihak orang yang berqurban memakan daging qurbannya atau memanfaatkan sembelihan itu untuk kepentingan dirinya. 
  • Pembahagian daging qurban sunat: Menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i: 
    • 1/3 untuk dimakan oleh pihak yang berqurban dan ahli keluarganya; 
    • 1/3 untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin
    • 1/3 untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran


Yang paling afdal menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i ialah bersedekah semuanya kecuali pada beberapa ketul atau suapan yang agak berpatutan dimakan oleh orang yang berqurban untuk mengambil berkat, seperti sebahagian hati kerana ianya sunat dimakan. Amalan ini pernah dilakukan oleh Nabi SAW ketika Baginda melakukan qurban.







Love, 
The Dazzling Ladybie



No comments:

Post a Comment