27 Cara Lelaki Gunakan Untuk Meluahkan Perasaan Cinta
1.Dia sentiasa memikirkan apa yang anda dapat dalam setiap perancangan masa depannya.
2.Dia mungkin keberatan untuk berbelanja barangan yang mewah untuk
dirinya namun dia sanggup membelikan barangan berharga untuk anda pada
hari yang istimewa.
3.Selepas makan malam dia membantu anda membasuh pinggan dan membuang sampah daripada hanya menonton televisyen.
4.Dia tidak memaksa anda melakukan seks dengannya sekira memberitahunya anda terasa penat.
5.Dia tidak kisah anda menggunakan komputer atau telefon miliknya kerana tiada apa yang dia mahu sorokan daripada anda.
6.Dia menggalakkan anda melakukan apa yang anda rasa suka dan selalu memeluk anda.
7.Dia akan cuba menenangkan anda sekiranya anda rasa bosan dan sanggup
membelikan tuala wanita untuk anda sekiranya anda memerlukan.
8.Dia sanggup menghabiskan masa bersama anda melakukan apa yang anda mahu sedangkan dia sendiri bosan dengan aktiviti itu.
9.Sekiranya anda merasa tidak selamat dia akan mengambil langkah
berjaga-jaga dan sekiranya anda berhadapan dengan insan yang mengkritik
dia akan mempertahankan anda.
10.Dia merasakan rasa bersalah sekiranya terpaksa meninggalkan anda dan menelefon anda selalu.
11.Dia tidak kisah dengan kisah silam anda dan paling penting sekiranya dia ke mana-mana dia mahu anda bersamanya.
12.Jika anda sakit, dia akan berada di samping anda.
13.Dia memikirkan anda tetap cantik baginya biarpun anda dalam keadaan kusut-masai dan membelikan makanan yang anda gemari.
14.Dia sanggup bersama anda memilih baju berjam-jam lamanya di pusat
membeli-belah dan rasa risau sekiranya melihat anda tidur awal kerana
takut anda sedang sakit.
15.Dia akan memegang tangan anda di khalayak ramai dan sanggup pula memegang beg tangan anda tanpa rasa malu.
16.Tidak pernah ambil kisah mengenai berat badan anda yang naik dan
sentiasa mahu menghabiskan masakan yang anda masak biarpun tidak berapa
sedap.
17.Dia selalu memakai jam tangan yang anda belikan biarpun tidak mahal berbanding dengan apa yang dia ada.
18.Tidak melupakan tarikh-tarikh penting dalam hidup anda. Bila anda
mengalami kenaikan pangkat atau apa sahaja yang istimewa, dialah insan
yang paling gembira melebihi anda.
19.Dia tidak pernah memaksa anda melakukan sesuatu yang anda enggan
lakukan dan sekiranya anda silap, dia akan memaafkan dan tidak pernah
mengungkit kembali.
20.Gemar memuji anda dalam kalangan anak-anak dan mengangkat barang-barang berat untuk anda ketika membeli-belah.
21.Anda orang pertama yang akan diberitahu sekiranya menerima perkhabaran baik.
22.Dalam permainan dia akan sentiasa memberikan kemenangan kepada anda
dan akan sentiasa berkata baik biarpun ketika anda dan suami sedang
berbalah.
23.Sentiasa meminta pandangan dan pendapat anda dalam beberapa perkara bersama.
24.Sekiranya dia mahu anda mengikut caranya, dia mahu anda berfikir kebaikannya terlebih dahulu.
25.Menerima anda seadanya.
26.Sekiranya, suami anda mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan, anda
adalah tergolong dalam kalangan mereka yang bernasib baik kerana lelaki
yang baik sebenarnya sukar untuk dicari.
27.Apa yang penting anda memberikannya cinta anda yang mendalam demi
mengukuhkan hubungan dalam rumah tangga anda. Tidak perlu si dia
menzahirkan kata-kata cinta selalu sekiranya tidak ikhlas dan jujur
dengan apa yang diluahkan.
Love,
The Dazzling Ladybie
No comments:
Post a Comment