Monday, January 25, 2016

Manisnya Cinta Selepas Nikah

 ◉ Manisnya Cinta Selepas Nikah ◉

topik ni angah yang inspirasikan..
semua gara2 topik yang dia dok jadi modal berborak dengan Ika
ika tu sape?? i pon x kenal.. tapi orang yang selalu call dia..
tapi... topik ni macam best untuk dikupas..

since i belum lagi nikah... jadi memang i tak tahu ape rasanya cinta lepas nikah
tetapi teringin nak rasa kemanisan cinta selepas nikah.. 

"Allahuma sarkhirli zaujan solihin, yakhtibuni, wa yatazwwajubuni, wayakunu sahibanli, fi dunnya wal jannah" 

" Ya Allah, berikanlah aku suami yang soleh, dia meminang dan menikahiku, menjadi sahabatku di dunia dan syurgaMu" 
Hikmah #1 – Tiada Rasa Bersalah

‘Cinta’ itu sendiri adalah abstrak. ‘Cinta’ boleh ditafsirkan sebagai cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada negara dan sebagainya. Sebagai seorang muslim dan muslimah, kita semua pasti tahu bahawa hubungan cinta antara sepasang kekasih tanpa ikatan sah adalah dilarang sama sekali jika melibatkan sentuhan fizikal.

Islam menekankan bahawa haram bagi seseorang lelaki menyentuh seorang perempuan yang bukan mahramnya. Larangan ini sangat keras sehinggakan baginda Muhammad s.a.w menegaskan bahawa

“Ditusuknya kepala seseorang dengan pasak dari besi, sungguh lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya.” Maksud hadith, dari riwayat Thabrani
 
Hikmah #2 – Senang Menzahirkan Rasa Cinta 
Ini adalah sesuatu perkara yang amat sukar untuk dipercayai melainkan kita sendiri melaluinya. Setiap pasangan akan melalui saat di mana cinta mereka diuji. Bagi mereka yang belum bernikah, ujian tersebut akan menyebabkan mereka tidak tenteram dari perasaan negatif. 

Masih adakah cinta? Adakah dia setia? Mana buktinya? Masalah-masalah sebegini dapat diatasi oleh mereka yang bercinta sebelum berkahwin dengan mudah kerana tiada batasan untuk mereka menzahirkan rasa cinta mereka. Tidak ada halangan untuk mereka saling menzahirkan rasa cinta melalui kata-kata ataupun sentuhan. Berbeza pula dengan mereka yang bercinta tanpa ada ikatan yang sah, hubungan antara mereka berdua dibatasi oleh syarak dan menyukarkan kedua-dua pihak dalam menyelesaikan pertengkaran yang ada


Hikmah #3 – Proses Berkenalan Tanpa Batasan 
Sesiapa yang pernah bercinta pasti akan mengakui bahawa transaksi daripada proses ‘berkenalan’ kepada ‘percintaan’ merupakan satu fasa yang sangat indah sekali. Banyak bait-bait lagu dan puisi-puisi yang mengungkapkan betapa manisnya fasa ini. Bayangkan anda berada di fasa ini, tetapi tiada batasan yang menyekat pergaulan anda dan kekasih anda. Mahu berjumpa? Terus sahaja jumpa, tidak perlu bersusah-payah.


Yakinlah, bahawa perasaan cinta itu milik Allah dan Dia berkuasa untuk meniup rasa cinta itu ke dalam hati kita selepas bernikah. Cinta selepas nikah itu indah; semoga percintaan kita semua diberkati Allah sebagaimana Dia memberkati percintaan di antara para Rasul-Nya dan isteri-isteri mereka.


Love, 
The Dazzling Ladybie



No comments:

Post a Comment